KUALA LUMPUR: Kerajaan mencadangkan jumlah maksimum amaun sewaan kenderaan elektrik (EV) yang dibenarkan potongan cukai dihadkan sehingga RM300,000 bagi menggalakkan penggunaan kenderaan rendah karbon, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Berdasarkan lampiran Bajet 2023 yang dikeluarkan pada Jumaat, MOF menjelaskan, bagi kedudukan semasa, syarikat yang menyewa kenderaan bermotor bukan komersial diberi potongan cukai di bawah Seksyen 39(1)(k), Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu jumlah maksimum amaun sewaan yang dibenarkan potongan cukai dihadkan sehingga RM100,000 untuk kos kenderaan tidak melebihi RM150,000,
"Sementara itu, bagi kos kenderaan melebihi RM150,000, jumlah maksimum amaun sewaan yang dibenarkan potongan cukai dihadkan kepada RM50,000," menurut lampiran tersebut.
Menurutnya cadangan bagi tarikh kuat kuasa adalah mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2025 berbanding layanan cukai ini yang berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2002.
Ia turut mencadangkan agar galakan cukai diberikan kepada pengilang peralatan pengecasan untuk EV.
"Untuk terus melengkapkan ekosistem EV dan menarik pelaburan segera bernilai tinggi dalam pengilangan peralatan pengecasan EV, dicadangkan galakan cukai yang meliputi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032," katanya.
Selain itu, menurut MOF, syarikat yang membuat pelaburan awal layak menikmati tempoh pengecualian cukai sehingga 10 tahun.
Syarikat yang membuat pelaburan selepas tahun taksiran 2023 pula, layak menikmati baki tempoh pengecualian sahaja atau elaun cukai pelaburan (ECP) sebanyak 100 peratus untuk tempoh lima tahun serta boleh ditolak sehingga 100 peratus daripada pendapatan berkanun bagi setiap tahun taksiran, katanya.
Menurut MOF, tarikh kuat kuasa yang dicadangkan bagi permohonan yang diterima oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia adalah mulai 8 Okt, 2022 hingga 31 Dis, 2025.
MOF menjelaskan, Malaysia sedang giat mewujudkan ekosistem mobiliti elektrik selari dengan Dasar Automotif Nasional 2020 dan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021 hingga 2030.
Bagi meluaskan jaringan infrastruktur peralatan pengecasan, adalah penting untuk memastikan produk berkenaan dapat dihasilkan dalam negara dengan kos yang kompetitif, katanya.
Ia turut menyarankan agar lanjutan pengecualian duti import dan duti eksais ke atas kenderaan elektrik CBU (model diimport sepenuhnya).
"Bagi menggalakkan permintaan domestik terhadap EV selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon, Pelan Hala Tuju EV dan Dasar Automotif Nasional 2020 serta mengambil kira kekurangan cip kenderaan yang menjadi isu global semasa, pengecualian duti import dan duti eksais sepenuhnya dicadangkan ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan untuk tempoh setahun," katanya.
Sementara itu, bagi mengiktiraf aktiviti penangkapan dan penyimpanan karbon (CCS) sebagai sumber baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan mencapai pelepasan gas rumah kaca sifar bersih, turut disarankan adalah galakan cukai bagi syarikat yang melaksanakan aktiviti CCS (dalaman) termasuk ECP sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal yang layak dilakukan dalam tempoh 10 tahun, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022
Bagi menggalakkan permintaan domestik terhadap EV, pengecualian duti import dan duti eksais sepenuhnya dicadangkan ke atas EV jenis CBU import dilanjutkan untuk tempoh setahun. - Gambar hiasan
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Seleweng dana RM1.2 bilion: Bekas CEO badan berkanun pula direman
Seorang lagi suspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan.
Program Kita-Untuk Kita Think City bentuk pemimpin muda berkualiti
Think City telah menganjurkan Sidang Anak Muda K2K Sidang pertama pada 11 Mei 2024 bertempat di Dewan Tuna, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Cyberjaya.
Kos penyediaan LRT di Johor dianggarkan RM16.7 bilion
Anggaran kos keseluruhan penyediaan infrastruktur Transit Aliran Ringan (LRT) di Johor dianggarkan menelan belanja RM16.7 bilion, berbanding RM7 bilion bagi penyediaan infrastruktur Transit Aliran Aut
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Pembaharuan fiskal kerajaan bantu perkukuhkan lagi keyakinan pelabur - MoF
Pembaharuan fiskal yang dilaksanakan kerajaan telah membantu memperkukuh lagi keyakinan pelabur terhadap Malaysia, kata Kementerian Kewangan.
Terengganu, Kelantan terima wang ihsan lebih RM230 juta minggu lalu
Kerajaan Persekutuan menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lalu bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.
Pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi ditangguh, MOF belum bentang RUU
HVGT pertama kali diumumkan dalam Bajet 2023 yang disemak semula yang dibentangkan pada Februari tahun lepas.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
Kajian semula struktur percukaian, sara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu mengenai langkah-langkah mengkaji semula struktur percukaian semasa akan dibangkitkan Muhammad Ismi Mat Taib pada sesi soal jawab.